Monday, November 15, 2010

awk!!

Awk....sy mintak maaf pasal mlam ari tu..sy xde niat pun nk ckp awk mcm 2..ade ke ptot aku ckp kat dye "awk langsung xambil berat sal sy kan"..jht en aq..pdhal die lar ari2 kejot aku weh..untungnye aku dapat kawan ngan dye..baek kan dye..tp aku je yg xjage hati dye..die lar tempat aku luah perasaan aku..ni plak2 aku pratikal..ngan b.z lagi,"sy harapa awk phm ea awk"mekaseh awk..hehehe..awk2..doakan sy berjaya tau..kat sni sy belajar mengaji awk..best wk..nnt saya ajar awk plak ea(tp lepas kawen ar)gatal gile aku..hahahah..awk2..sy hrap awk dpt bersabar lar ngan sy ni ea..hehe..mintak2 dye bace..hehe..awk blaja elok2 tau..sy jauh dgn awk ni..hehe..hero awk dah xdkt ngan awk dh..hehe..awk jge diri elok2 ea wk..jge kesihatan 2..jgn lupe minum air byk2..INGAT!!!!haha..

Tuesday, October 12, 2010

Neraka????

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa seseorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi anak sungai,sedang die berjalan-jalan dia terpandang seseorang anak kecil sedang mengambil wudhu sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis,die pun berkata,"wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"maka berkata anak kecil itu,"wahai pakcik,saya telah membaca ayat al-quran sehingga sampai kepada ayat yang bermaksud "yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum"yang sekalian akan dirimu."Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu,"Wahai anak kecil,janganlah kamu takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata anak kecil itu,"wahai pakcik,pakcik adalah orang berakal,tidakkah pakcik lihat orang menyalakan api,maka yang pertama sekali mereka akan letkkan ranting-ranting api kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar.Jadi itulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu,sambil menangis,"Sesungguhnya anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang dewasa maka bagaimanakah keadaan kita nanti?"

MENGAPA SAYA MENGHAMPIRI ZINA!!

MEMANDANG:seseorang terutama yang saya sayang,sangat sukar ditahan.Daripada pandangan itulah akan menimbulkan suatu perasaan yang akhirnya meruntun keinginan saya.Jarang nikmat penglihatan ini saya gunakan sebaiknya.

SENTUHAN:bagi saya adalah untuk melahirkan rasa cinta dan sayang.Tetapi,apabila saya mula menyentuh tangan pasangan yang bukan muhrim,terasakan sesuatu bergelora dalam jiwa.

BERSOLEK:berhias menyerlahkan seri dan kecantikan saya.Ramai yang memuji wajah,rambut dan susuk tubuh saya yang menarik.Suruhan Allah agar saya menutup aurat tidak mampu saya tunaikan.

HARUMAN:saya gunakan sering membuat orang lelaki berasa senang bersama saya.alangkah bangganya apabila mereka terpesona dan tergoda.

DUDUK:berduan-duan apa salahnya.Sesekali saya perlukan privacy.lagi pun kami bukanya apa-apa.Tetapi,bila berdua-duaan begini,dorongan syaitan sukar saya tepis

HIBURAN:menjadi pengubat kesunyiaan saya.Tanpanya terasa kosong duni ini.Saya selalu bersama-sama kawan lelaki dan perempuan ke pesta atau konsert.Masa saya banyak dihabiskan begitu daripada melakukan ibadat dan kadang-kadang saya sukar mengawal batas-batas pergaulan.

FIRMAN ALLAH:(Al-israa)
"Dan janganlah kamu mendekati zina;Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji,Dan suatu jalan yang buruk."

Sunday, October 10, 2010

PUNCA ZINA!!

.hadis riwayat at-tarmizi bermaksud:"apabila seorang lelaki bersendirian dgn wanita,orng ketiga ialah syaitan
2. BERSENTUH-SENTUHAN
RASULULLAH saw brsbda:"jika salah seorang dripda kamu dtikam d kepalanye dgn sbtng besi,itu lebih baik dripda dia mnyentuh perempuan yg hrm dsentuhnya

3. PANDANGAN BERAHI
"katakanlah kpd orng2 mu'min laki2:hndklah mereka itu menundukkan sebahagian pndangannya dan mnjage kemaluanya.....dan katakanlah kpd mu'min2 perempuan:hndklah meka menundukkan sebahagian pndanganya dan mnjaga kemaluannya.........

doa yg patut diamalkan:
"YA ALLAH,KURNIAKANLAH AKU CINTA MU DN CINTA ORNG YG CINTA KPD MU DAN CINTA ORNG YG CINTA KPD ORNG YG BLEH HAMPIR KPD MU DAN JDIKAN CINTA TRHADAP ENGKAU(YA ALLAH)TRLEBIH AKU CINTAI DRIPDA AIR YG SEJUK
YA ALLAH
JIKA AKU JATUH CINTA
CINTAKANLAH AKU
KPD ORNG YG
MELABUHKAN CINTANYA KPD-MU
AGR BRTMBAH
KEKUATASN
UNTUKKU
MENCINTAI-MU

Sunday, October 3, 2010

Kelebihan orang berlimu

sabda nabi s.a.w.yang bermaksud:"manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim.jika diperlukan dia diberikan manfaat,jika tidak diperlakukan,dia pun kaya dengan dirinya sendiri."(Al-Ghazali)

sabda nabi s.a.w,yang bermaksud:"Darjat manusia yang terdekat dengan nubuwah ialah orang yang ahli ilmu dan jihad,Ahli ilmu menunjukkan manusia kepada apa yang dibawa oleh para rasul.Adapun ahli jihad mempertahankan apa yang dibawa oleh para rasul dengan pendangnya."(Al-zahabi,syiar A'alam al-nubala)

sabda nabi s.a.w.yang bermaksud:"jadikan kamu orang yang berilmu atau orang yang mengajar,atau orang yang belajar,atau orang cintakan ilmu.Jangan jadi orang yang kelima iatu orang yang benci kepada ilmu nescaya kamu akan binasa(Riwayat al-tabarani)

sayidina ali bin abi talib berkata:"ilmu itu lebih baik daripada harta.ilmu itu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.Ilmu itu penghukum dan harta terhukum.Harta berkurang apabila dibelanjakan tapi ilmu akan bertambah apabila digunakan."

Sumber:majalah solusi no 24

Saturday, September 11, 2010

Faktor-faktor mengingatkan kematian

Di antara faktor-faktor yang dapat mengingatkan seseorang kepada kematian sebagai berikut:
Faktor pertama:Hendaklah kamu sering menziarhi kubur,Janganlah kamu sentiasa sibuk di pasar-pasar,di pameran-pameran,di istana-istana,di perayaan-perayaan,di taman-taman,dan di rumah-rumah yang megah yang membuatmu lali daripada menziarahi kubur.
Jadikanlah ziarah kubur sebagai salah satu agenda tetapa kegiatanmu,lalu berdirilahh di sana barang beberapa saat,dan ingatlah .....di manakah rakan-rakanmu bermain dahulu selalu bermain riang bersamamu?dimanakah orang-orang dahulunya kamu kenal dan mereka juga mengenalimu?di manakah orang-orang yang dahulunya kamu saling bersenda gurau bersama mereka?
Pada suatu hari,Umar bin Abdul Aziz melaksanakan solat Hari Raya bersama umat manusia,lalu beliau menziarahi sebuah perkuburan ketika pulang menuju rumahnya,Di sana dia berdiri menatap perkuburan tersebut lalu menangis.Kemudian dia berkata kepada orang-orang sekelilingnya:”Wahai kawan-kawanku,sesungguhnya ini adalah perkuburab datukky,ayahku,saudara-saudara,jiran-jiranku,Tahukah kamu apa yang telah diperbuat oleh kematian terhadap mereka semua?”
“Umar bin Abdul Aziz berkata:ketahuilah bahawa kematian telah memakan kedua-dua biji mata mereka,memisahkan kedua telapak tangan dari mata mereka,memutuskan kedua pergelangan dari siku mereka,dan melepaskan kedua lengan mereka dari badan mereka.Segala sesuatu dari tubuh mereka telah dipisahkan kematian”

Faktor kedua:Membaca kitab Allah sambil menghayatinya.Berusahlah menangis jika kamu semua tidak dapat menangis dengan tangisan sebenarnya.
“Umar bin Al-Khaththab Radhiyallhuanhu berkata:Jika kamu tidak dapat menangis,maka berusahlah untuk menangis.
Bacalah Al-Quran itu secara perlahan dan berushalah menghayati kandungnya.Semoga dengan demikian Allah mengurniakan ke jalan yang benar.

Faktor ketiga:Berteman dengan orang-orang shalih,Ketika duduk bersama mereka,rahmat Allah akan turun dari langit,jiwa menjadi tenang,dan Allah akan meliputimu dengan keutamaan dariNYA.Mereka akan mengingatkanmu kepada kematian dan kehidupan akhirat.Mereka tidak akan akan melengahkanmu daripada mengigati keduanya dengan pelbagai kegiatan yang sia-sia seperti dilakukan orang yang tidak shalih.
Salawat dan salam sentiasa tercurahkan ke atas jujungan kita Nabi Muhammad Shallalahu alaihi wassalam,keluarga dan para sahabatnya sehingga akhir zaman...Wallahu alam...

Sunday, August 29, 2010

Penyakit-penyakit hati..

Islam adalah agama yang amat menitikberatkan hubungan sesama manusia. Iniboleh dilihat dalam ayat-ayat al-Quran dan juga hadis-hadis yang menyeru
manusia agar berlaku sopan dan hormat-menghormati antara satu sama lain.

Di samping itu terdapat juga ayat-ayat al-Quran yang melarang umat manusia
daripada mencela mengeji serta menyakiti sesama mereka, begitu juga dengan
sabda sabda Rasulullah SAW. Ini bertujuan untuk memelihara kesejahteraan
hidup umat manusia seluruhnya.

Di antara sifat yang perlu dimiliki oleh setiap orang yang beriman ialah
mempunyai sifat suka mengkaji dan meneliti segala keaiban sendiri dan juga
sifat-sifat keji yang mungkin bertapak di jiwa mereka dan sekaligus berusaha pula secara bersungguh mencari ubat dan penawar segala penyakit yang dihidapinya setelah dikenalpasti. Ini kerana tidak ada orang lain yang lebih arif daripada yang empunya diri tentang apa yang dihidapinya.

Tetapi untuk mengubati penyakit penyakit hati seperti hasad dengki, riak,
takabbur, bakhil, suka menceritakan keburukan orang lain bukanlah suatu
perkara yang mudah. Banyak halangan perlu ditempuhi, banyak onak dan duri
harus dilalui.

Sememangnya, sifat-sifat tersebut amat berbahaya kepada masyarakat jika ia
berjaya bertapak disudut hati sesetengah anggota masyarakat. Biasanya,
sifat-sifat seperti ini akan sentiasa dihiasi dan diperindahkan oleh syaitan yang berupa jin dan yang suka melihat manusia hidup dalam kucar-kacir, tidak menentu serta bermusuhan sepanjang masa.

Bagi jin dan syaitan, merosakkan kehidupan manusia, menyesat serta mengheret mereka ke arah kemurkaan Allah adalah tugas rasmi dan sumpah mereka di hadapan Allah, (sejak mereka dihalau dari syurga kerana keengganan mereka sujud kepada Adam a.s. apabila diperintahkan oleh Allah). Semenjak itu, mereka bertekad untuk tidak membiarkan anak-anak Adam hidup dalam keadaan aman, bahkan mereka akan melakukan apa sahaja bagi menyesatkan umat manusia serta memporakperandakan kehidupan mereka.

Segala usaha yang dilakukan oleh makhluk Allah yang halus ini ternyata dapat menggugat kestabilan dan keharmonian hidup manusia sejagat. Ini diperkuatkan lagi dengan wujudnya para pembantu serta kuncu-kuncu mereka yang terdiri daripada kalangan manusia yang bertopengkan syaitan. Golongan ini turut bekerja keras bagi memenuhi matlamat 'boss' mereka.

Namun begitu, kemungkinan terdapat matlamat atau tujuan yang berbeda di
antara kedua-dua golongan syaitan ini. Bagi syaitan dan iblis, matlamat
mereka adalah untuk menyesatkan umat manusia. Bagi syaitan yang terdiri
daripada kalangan manusia pula, mereka bukan sahaja ingin melihat manusia
jauh daripada ajaran Islam, bahkan mereka mempunyai matlamat-matlamat
sampingan yang lain seperti mengumpulkan harta benda, kekuasaan, pengaruh
dan berusaha mencapainya dengan pelbagai cara.

Untuk mencapai matlamat tersebut, manusia yang hatinya mempunyai penyakitini, sanggup melakukan apa sahaja walaupun dengan menindas orang lain.Mereka sanggup membuat fitnah, mengeji serta melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah orang lain semata-mata untuk mencapai matlamat mereka.

Demikianlah betapa buruknya sifat manusia apabila mereka telah dikuasai
dengan penyakit-penyakit hati ini. Mereka tidak lagi dapat membezakan antara kawan dan lawan, antara yang baik dengan yang buruk dan yang hak dengan yang batil.

Selagi manusia yang dijangkiti dengan penyakit-penyakit hati ini tidak dapat mengenal pasti penyakit dan wabak yang mereka hidapi, selagi itulah penyakit tersebut akan terus mengheret mereka ke kancah perkara-perkara yang buruk dan tidak berperi kemanusiaan.

Mengumpat, mengeji serta melaga-lagakan sesama manusia telah menjadi suatuperkara yang lumrah dalam kehidupan manusia hari ini. Apabila ada orang yang cuba memberi nasihat terhadap perkara yang dilakukan, dengan selamba mereka menjawab. 'Ala! Memang betul dia buat macam tu," tanpa menyedari bahawa apa yang diperkatakan itu sebenarnya sudah dikira sebagai ghibah atau mengumpat.

Perkara ini telah dijelaskan oleh Rasulullah tatkala seorang sahabat
bertanya,, Wahai Rasulullah, apakah itu ghibah?" Lalu jawab Baginda,
"Menyebut sesuatu yang tidak disukai oleh saudaramu!' Kemudian Baginda
ditanya lagi, "Bagaimana sekiranya apa yang disebutkan ltu benar?" jawab
Baginda, "Kalau sekiranya apa yang disebutkan itu benar, maka engkau
sebenarnya telah mengumpatnya tetapi jika sekiranya perkara itu dusta, maka
engkau sebenarnya telah berbohong."

Di dalam hadis yang lain Baginda bersabda, "Tidak akan masuk syurga mereka
yang suka mengumpat." Demikianlah besarnya celaan terhadap mereka yang suka melakukan perkara yang keji ini. Begitu juga dengan penyakit-penyakit lain yang timbul dari hati yang sakit seperti hasad dengki, riak, sombong dan
sebagainya, yang tidak akan membawa sebarang manfaat kepada mereka.
Sebaliknya, ini semua akan menghancurkan hidup mereka di dunia dan
akhirat.Di dunia, mereka akan dikeji dan dihina oleh manusia, manakala di
akhirat pula, azab dan sengsara pasti menanti mereka. Inilah janji Allah,
dan Allah sama sekali tidak akan memungkiri janjinya.

Justeru itu, sebagai seorang muslim, kita seharusnya berhati-hati agar
penyakit yang amat merbahaya ini tidak menjangkiti kita. Seandainya penyakit ini telah dihidapi, dan kita telah mengesannya maka kembalilah kepada Allah dan mintalah keampunan-Nya sebelum terlambat.

Semoga Allah mengampunkan kita semua, memelihara dan memberi kekuatan kepada kita untuk mengawal diri daripada bencana penyakit-penyakit ini.

MAKSIAT HATI

1.Suka Makan Banyak.

Makan berlebih-lebihan daripada biasa.

Maksud hadith: "Yang lebih afdhal iaitu orang yang banyak lapar dan banyak tafakur dan dibenci oleh Allah iaitu orang yang banyak makan dan banyak tidur dan banyak minum."

2.Suka Cakap Banyak.

Firman Allah yang bermaksud: "Tiada kebajikan (kebaikan) kepada mereka yang banyak cakap, melainkan seorang yang menyuruh berbuat sedekah atau berbuat kebaikan atau mendamaikan orang yang bergaduh."

Maksud hadith: "Barangsiapa percaya kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia berkata dengan baik atau diam."

3.Marah.

Maksud hadith: "Tiada marah seseorang itu melainkan ia hampir atas neraka jahanam."

4.Hasad Dengki.

Ia adalah sebesar-besar kejahatan manusia, dilarang oleh syarak, lagi haram.

Maksud hadith: "Hasad dengki itu memakan amal kebajikan seperti api memekan kayu yang kering."

5.Bakhil (Kedekut).

Bakhil/kedekut iaitu cintakan harta adalah sebesar-besar kebinasaan di hari akhirat.

Maksud hadith: "Bermula orang yang bermurah hati yang jahil lebih dikasihi oleh Allah daripada orang yang adib yang kikir (bakhil). Yakni orang yang jahil pemurah lebih baik daripada orang yang banyak ibadat tetapi kikir (edekut) sekalipun berilmu."

6.Cinta Kepada Kemegahan.

Firman Allah bermaksud: "Bermula akhirat itu dijadikan bagi orang yang tidak berkehendak kepada ketinggian dan kemegahan di dalam dunia dan ia tidak berkehendak membinasakan orang di dalam dunia dan syurga itu bagi orang yang takut kepada Allah."

7.Cinta Dunia

Ditegah oleh syarak , cinta dunia adalah punca kepada segala kejahatan, yang membinasakan manusia.

Sabda Rasulullah S.A W: "Cinta dunia kepala segala kesalahan dan kejahatan"

8.Takbur(Membesarkan Diri)

Takbur adalah sebesar-besar penyakit dan maksiat yang ada dalam hati
Firman Allah yang bermaksud: "Masuk segala kamu hai orang yang kafir akan pintu neraka hal keadaan kekal mereka itu di dalamnya. Maka neraka itulah sejahat-jahat tempat bagi orang yang membesarkan diri mereka."

9.Ujub (Hairan Diri).

Ujub dicela oleh syarak lagi membinasakan amalan.
Sabda Rasulullah: "Tiga perkara orang yang membinasakan ibadat. Pertama kikir yakni kedekut dan kedua mengikut hawa nafsu yakni mengikut segala yang disukainya oleh nafsu yang dicela oleh syarak dan ketiga ujub."

10.Ria'

Yakni menunjuk-nunjuk supaya orang puji atau sanjung.

Ijmaa' ulama' sepakat hukumnya haram.

Firman Allah: "Maka binasa bagi orang yang sembahyang yang lalai mereka itu daripada sembahyang. Mereka menunjuk-nunjuk sembahyang mereka kepada orang lain supaya dipuji oleh orang dan supaya dibesarkan oleh orang."

Bila Hati Mati...Kenapa hati mati?

Terjadinya hati mati adalah disebabkan perkara-perkara berikut :

1. Hati akan mati bilamana ia dibiar terus-menerus parah dengan kesakitan yang ditanggungnya.Sebagaimana manusia juga. Ia akan mati menurut adatnya kalau sakitnya yang di tahap kronik itu tidak dapat dirawat dan diubati secepat mungkin.

Firman Allah. “Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya.”(As-Syams:9-10)

2. Hati juga boleh mati akhirnya kerana ia tidak mahu berfungsi sebaiknya mengikut perintah Allah. Ia langsung tidak mahu mengambil iktibar dan pengajaran dari didikan dan ujian Allah, malah ia sentiasa memalingkan diri dari petunjuk dan jalan Allah.Pemilik hati sebegini diberi amaran oleh Allah sepertimana dalam firmanNya:

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam itu kebanyakan dari jin dan manusia; mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memerhatikan (ayat-ayat Allah).”(Al-A’raaf:179)

3. Hati juga boleh mati kerana ia tidak diberikan makanan dan santapan sewajarnya. Itulah santapan rohani. Kalau tubuh jasmani boleh mati kerana
tuannya sudah lama menanggung sakit tanpa mahu makan, dan minum (apalagi makan ubat dan penawar),maka begitulah juga hati kita. Bila ia tidak diberi
santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta malah akan mati akhirnya. ‘Qutul Qulub’ atau santapan hati atau jiwa(rihani) itu adalah dalam bentuk zikrullah, nasihat, muhasabah,mujahadah melawan nafsu, muqraqabah (mengawasi diri), ilmu, hikmah, mahmudah, iman dan taqwa kepada
Allah.

Cuba kita renungkan kata-kata Amiirul Mukminin,Sayyidina Umar al-Khattab ini :

“Sesiapa yang banyak ketawa, akan kuranglah kehebatannya. Sesiapa yang merendah-rendahkan orang,dia akan direndahkan orang lain. Sesiapa yang
memperbanyakkan sesuatu perkara (amalan) akan diketahui juga. Sesiapa yang banyak cakapnya,banyaklah salahnya. Sesiapa yang banyak salahnya,sedikitlah malunya. Sesiapa yang sedikit malunya,sedikitlah juga waraknya dan barangsiapa sedikit waraknya, matilah hati (jiwa)nya.”

Oleh itu, sebelum hati kita bertukar menjadi kotor,hitam, keras, terkunci, sakit, buta dan mati,hendaklah kita menjadi dan memeliharanya dengan
sebaik-baiknya.Tindakan sebaiknya ialah kita selalu mengilap dan membersihkannya.Jangan kita abai dan leka untuk memberi santapan sebagaimana yang diterangkan dalam al-Quran dan as-Sunnah.

Firman Allah : “Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Ar-Ra’ad:28)

Firman Allah : “(Hari Akhirat itu ialah) hari di mana harta dan anak-anak tidak lagi berguna, kecuali orang-orang yang menghadap (kembali bertemu) Allah dengan hati yang bersih (sejahtera).(As-Syu’ara:88-89)

Wallahu A'lam...

diambil dari~~http://almutahadyiah.blogspot.com/2010/06/penyakit-penyakit-hati.html~

Manusia...

Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.

Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mecipta air benih menjadi sebuku darah"
(surah al-mu’minun:14)


surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.

:
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
(al-Mukminun : 14)


Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.

Kita ni diciptakan dalam yang sangat hina di sisi Allah,tetapi apakah kita ingat penciptaan kita yang ditulis di dalam al-quran?tepuk dada Tanya iman.

Tetapi dalam zaman jahiliyah moden kita semua sering lihat,manusia kebanykanya lupa dengan asal usul mereka,sibuk berhibur,bermaksiat berleluasa,diorang lupa Allah menjadikan kita ni bukan untuk bersukar ria,tetapi ada matlamat tersendiri.
Saya penah diajukan soalan oleh rakan rumah saya…kenapa engkau solat?apa yang engkau dapat dari solat?(yang mengajukan ini adalah seorang islam)
Urmm..sy pun diam sebentar..tedetik kat kat hati saya..’kang teranjang pulak budak ni’..tp dengan kekuatan sabar yang Allah bagi.sy menjawab persoalan dia dengan penuh sabar..sy cakap kat dia’solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah

Firman allah yang bermaksud:
Dan dirikan oleh kamu akan solat(sembahyang)dan tunaikanlah zakat
(surah al-baqarah ayat :110)


Lepas menerangkan ayat di atas..terdetik pulak hati sy..baek aku cerita pasal penciptaan manusia..mugkin dia nk thu kot mana lar asal dia sebenarnya..

Saya menceritakn kita diciptakan dalam keadaan yang sangat hina di sisi Allah S.W.T,
Firman allah yang bermaksud:

Kemudian kami jadikan ‘pati’ itu(setitis)air benih(air mani)
( Surah al-mu’minun ayat 13)


Ayat ni menjelaskan manusia diciptakan adalah hina di sisi allah..apetah lagi kita umat akhir zaman yang zaman ini penuh dengan fitnah-menfitnah,maksiat dan sebagainya
Ape lagi da paham ke tentang mengapa allah menciptkan kita..urmmm..dia terdiam sebentar..saya menyampuk Allah menciptkan kita supaya beribadah dan patuh pada perintahnya dan meninggalkan larangnya serta mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita(manusia)
P/s:Mensyukuri nikmat yang ada,janganlar kita sesekali kufur pada Allah S.W.T..wasalam..(hambamu yang berdosa)



Friday, August 27, 2010

Bakal bergelar suami..

Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu....

Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.

Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.

Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??

Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...
Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan kan datang.... sunyi...

Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, Perasaan ku gundah dan resah,
Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.

Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...
kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,
Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...

Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...

“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”

“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”

“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”

“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini kan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut, apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?”

“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerana iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”

“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerana aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”

“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”

“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia... Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”
“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)


Permaisuri Hatiku

Sunday, August 22, 2010

Masa Oh Masa!!

Telah disebutkan bahawa hamba mukmin harus memikirkan dan merenungkan ‘masa lampau’ bagi memperoleh iktibar atau manfaat dan muhasabah atau cermin diri sendiri.kita sebagai umat islam perlulah meninjau masa depan bagi menyediakan persiapan

Firman Allah S.W.T:
‘Dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat)’(al-Hasyr:18)

Sebagai umat islam hendaklah memberikan perhatian khas terhadap ‘masa sekarang’ yakni terhadapnya masa yang benar-benar sedang kita tempuh supaya kita semua dapat merebut dan memanfaatkanya sebelum ia terlepas atau hilang.
Saya suka petik kata-kata imam ghazali dalam kitab ihya ulumuddin:

Masa terbahagi tiga.Pertama,masa yang mana hambanya tidak merasa penat di dalamnya atau menempuhnya, di dalam kesusahan mahupun kesenangan.

Kedua,masa depan yang belum tiba.Kita pun tak tahu apakah umur kita ini apakah umur kita akan sampai ke masa depan tersebut atau tidak.Kita pun tidak tahu apakah perancangan Allah untuk kita apa yang akan bakal terjadi.

Ketiga,masa sekarang yang mana di dalamnya kita semua hendaklah bermujahadah(meminta keampunan)dari Allah dan berjuang melawan nafsu dan hendaklah melakukan muraqabah terhadap sang pencipta.
Oleh itu,sama-sama kita beramal selagi nyawa dikandung badan.takut-takut esok kita tak sedar ke..SELAMAT BERAMAL,JAZKALLAH

HambaMu yang berdosa

Ya Allah!sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan rahmat yang turun dari sisiMU yang denganya engkau memberi HIDAYAH di dalah hatiku,dan denganya Engkau himpunkan bercerai-cerai daripada urusanku dan denganya engkau kumpulkan yang bercabang-cabang daripada pemikiranku dan denganya Engkau pulangkan segala yang menjinakan hatiku,dan denganya  Engkau perbaiki akan agamaku,dan denganya Engkau peliharakan segala sesuatu yang ghaib daripada pandanganku,dan denganya Engkau terima syahadaku dan denganya Engkau bersihkan amalanku dan denganya Engkau putihkan akan mukaku dan denganya Engkau ilhamkan kepadaku akan pentunjukmu dan denganya Engkau tunaikan segala hajatku dan denganya Engkau peliharakan aku daripada kejahatan.Ya allah! Aku meminta kepadaMu akan iman yang murni yang memenuhi lembaran hatiku dan memintak kepadaMu akan yakin yang sebenar sehingga aku menyedari bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku terhadap diriku kecuali apa-apa yang telah Engkau putuskan ke atasku dan aku meminta supaya aku redha dengan segala pemberian yang Engkau bahagikan kepadaku.Ya Allah!Hanya kepadamu aku persembahkan segala hajatku walaupun lemah pemikiranku dan kurang amalanku.Aku sangat berharap kepada limpihan rahmatMu maka aku meminta kepadaMu wahai tuhan yang memutuskan segala perkara dan meyembuhkan segala penyakit yang ada.Ya Allah!seperti mana Engkau pisahkan di antara segala lautan maka engkau pisahkan aku daripada seksaan neraka Sair dan daripada seksaan kubur yang amat perit dan daripada laungakn penyesalan.

Saturday, August 21, 2010

Hidayah adalah buah dari ilmu

Ketahuilah wahai saudaraku yang sangat berminat dengan dan mempunyai perhatian mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan.seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu dengan berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan di depan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan kekayaan dunia,maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia.Dan jika niatmu di dalam mencari ilmu itu mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah,bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah kamu bergembira,kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui HIDAYAH itu adalah buah dari ilmu.

MUQADDIMAH

Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi.Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian.Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhluknya,penghulu kita nabi Muhammad S.A.W dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.