Maksud firman Allah dala surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.
Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan , tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentunya saraf, tulang dan fakulti , manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.
Firman Allah yang bermaksud
" Kemudian Kami mecipta air benih menjadi sebuku darah"
(surah al-mu’minun:14)
surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14
Firman Allah yang bermaksud
"lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk.Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi kesitu bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.
:
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam da kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
(al-Mukminun : 14)
Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke pau-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah pinggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.
Kita ni diciptakan dalam yang sangat hina di sisi Allah,tetapi apakah kita ingat penciptaan kita yang ditulis di dalam al-quran?tepuk dada Tanya iman.
Tetapi dalam zaman jahiliyah moden kita semua sering lihat,manusia kebanykanya lupa dengan asal usul mereka,sibuk berhibur,bermaksiat berleluasa,diorang lupa Allah menjadikan kita ni bukan untuk bersukar ria,tetapi ada matlamat tersendiri.
Saya penah diajukan soalan oleh rakan rumah saya…kenapa engkau solat?apa yang engkau dapat dari solat?(yang mengajukan ini adalah seorang islam)
Urmm..sy pun diam sebentar..tedetik kat kat hati saya..’kang teranjang pulak budak ni’..tp dengan kekuatan sabar yang Allah bagi.sy menjawab persoalan dia dengan penuh sabar..sy cakap kat dia’solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah
Firman allah yang bermaksud:
Dan dirikan oleh kamu akan solat(sembahyang)dan tunaikanlah zakat
(surah al-baqarah ayat :110)
Lepas menerangkan ayat di atas..terdetik pulak hati sy..baek aku cerita pasal penciptaan manusia..mugkin dia nk thu kot mana lar asal dia sebenarnya..
Saya menceritakn kita diciptakan dalam keadaan yang sangat hina di sisi Allah S.W.T,
Firman allah yang bermaksud:
Kemudian kami jadikan ‘pati’ itu(setitis)air benih(air mani)
( Surah al-mu’minun ayat 13)
Ayat ni menjelaskan manusia diciptakan adalah hina di sisi allah..apetah lagi kita umat akhir zaman yang zaman ini penuh dengan fitnah-menfitnah,maksiat dan sebagainya
Ape lagi da paham ke tentang mengapa allah menciptkan kita..urmmm..dia terdiam sebentar..saya menyampuk Allah menciptkan kita supaya beribadah dan patuh pada perintahnya dan meninggalkan larangnya serta mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah berikan kepada kita(manusia)
P/s:Mensyukuri nikmat yang ada,janganlar kita sesekali kufur pada Allah S.W.T..wasalam..(hambamu yang berdosa)
Sunday, August 29, 2010
Friday, August 27, 2010
Bakal bergelar suami..
Kakiku melangkah lemah, membawa diriku ini yang kian goyah, terumbang-ambing di tiup arus modenisasi dunia yang serba canggih mengikut masa. Entah ke mana hendak dibawanya kaki ini.... ke sana tidak kena, ke sini tidak pasti, fikiranku kaku, serba tidak tahu....
Sunyi kota di malam hari ku tatap dengan mata yang jemu... entah kenapa, malam ini tidak seperti malam yang selalu, yang ku lalui dengan gembira dan berseronok dengan apa yang aku ada, bersama-sama rakan-rakan yang otaknya ‘gila’ seperti aku.
Ajakan kawan-kawan ku tolak dengan pandangan yang bosan. Seolah-olah aku sudah tidak berminat lagi dengan kegiatan yang rendah moralnya itu. Padahal selalunya akulah nombor satu. Entah kenapa, hmmm....(melepaskan keluh yang maha berat) seperti yang ku katakan tadi.... segalanya ku pandang jemu.
Arrgggh...! Apa ni? Apa maksud perasaan ku ini??
Ku pandang langit, mencari rembulan, mungkin ia dapat memberi jawapan.... sepi...
Ku pandang bebintang terang, mungkin di situ jawapan kan datang.... sunyi...
Tiada siapa yang dapat memberikan jawapan kepada ku, Perasaan ku gundah dan resah,
Mendesah mencari ketenangan yang tak pernah kunjung tiba.
Ku merenung jauh menembusi kegelapan malam...
kala itu datang kembali kata-kata yang menghenyak hati ini, di atas sehelai warkah putih,
Aku menyerah diri, kepada bait-bait indah yang menjunam keras hati ini...
Ku tulis warkah ini hanyak untukmu, Insan yang bakal bergelar suami...
“Wahai lelaki, kaulah bakal pemimpin kami, kau lah yang akan membentuk diri kami, menjadi seketul permata putih, atau seketul batu keras, yang kan membakar dirimu kembali....”
“Ketahuilah wahai lelaki, Nabi telah bersabda kepada kita ummatnya, mencari pasangan hidup berdasarkan 4 perkara..... Kecantikkan wajahnya, Harta yang ada padanya, Nasab keturunannya... tetapi carilah yang ada kefahaman agama padanya, kerna ia kan menjamin bahagia....”
“Wahai lelaki, kau Insan yang akan bergelar suami”
“Andai kau melihat pada kecantikkan yang ada pada diri ini, ketahuilah, ia takkan kekal selamanya, kerna wajah indah ini kan tua, saat itu wajah indah diganti dengan wajah tua yang berkedut, apakah ketika itu kau akan melihat lagi pada diriku?”
“Andai kau melihat pada harta yang ada, ketahuilah, ia tidakkan kekal juga, berkurangan selepas kau guna, dan apabila harta itu habis di mamah masa, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”
“dan... Andai kau melihat pada nasab keturunanku, ketahuilah... iman tidak mungkin diwarisi... kerana iman perlu kita cari... kita kaji dan di didik dalam diri... ada yang nasabnya tidak seindah yang disangka, tetapi dirinya, Subhanallah... menjadi contoh tauladan pada semua. Andai diriku tidak seindah seperti nasab ku yang indah pada matamu, apakah kau akan melihat pada diriku lagi?”
“Akhirnya agamalah pilihan utama... kerana aku mungkin tidak berwajah Cik Dunia (Miss World), dan aku bukanlah seorang hartawan dengan harta yang berjuta, aku juga bukanlah anakanda atau cucunda seorang raja yang hebat keturunannya... tapi sekurang-sekurangnya aku yakin, andai kau melihat pada agama yang ada padaku, kan ku serahkan segala yang ada padaku, untuk kau gunakan dalam perjuanganmu, kerna aku yakin, kau takkan mensia-siakan pengorbananku wahai bakal suamiku....”
“Tetapi.... apakah dirimu begitu? Sudah sempurnakah agamamu untuk membimbingku? Sudah kukuhkah pendirianmu untuk berpegang kepada syariat Allah dan ajaran Sunnah RasulNYA? Apakah kau yakin kau kan dapat membina sebuah keluarga yang bahagia bukan sahaja di dunia, bahkan kekal hingga ke syurga menanti???”
“Kerna bukannya kecantikkan, harta dan keturunan yang aku lihat pada dirimu... Mahupun kesempurnaan ilmu agama yang kukuh, cukup bagiku kau berusaha untuk mendalaminya, membuatkan diri ini terasa sudah bersedia... Bersedia untuk dibimbing oleh dirimu... sebagai Isteri kepada dirimu, lelaki yang bergelar suami...”
“...dan perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik...”
(Surah an-Nur : 26)

Sunday, August 22, 2010
Masa Oh Masa!!
Telah disebutkan bahawa hamba mukmin harus memikirkan dan merenungkan ‘masa lampau’ bagi memperoleh iktibar atau manfaat dan muhasabah atau cermin diri sendiri.kita sebagai umat islam perlulah meninjau masa depan bagi menyediakan persiapan
Firman Allah S.W.T:
‘Dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok(akhirat)’(al-Hasyr:18)
Sebagai umat islam hendaklah memberikan perhatian khas terhadap ‘masa sekarang’ yakni terhadapnya masa yang benar-benar sedang kita tempuh supaya kita semua dapat merebut dan memanfaatkanya sebelum ia terlepas atau hilang.
Saya suka petik kata-kata imam ghazali dalam kitab ihya ulumuddin:
Masa terbahagi tiga.Pertama,masa yang mana hambanya tidak merasa penat di dalamnya atau menempuhnya, di dalam kesusahan mahupun kesenangan.
Kedua,masa depan yang belum tiba.Kita pun tak tahu apakah umur kita ini apakah umur kita akan sampai ke masa depan tersebut atau tidak.Kita pun tidak tahu apakah perancangan Allah untuk kita apa yang akan bakal terjadi.
Ketiga,masa sekarang yang mana di dalamnya kita semua hendaklah bermujahadah(meminta keampunan)dari Allah dan berjuang melawan nafsu dan hendaklah melakukan muraqabah terhadap sang pencipta.
Oleh itu,sama-sama kita beramal selagi nyawa dikandung badan.takut-takut esok kita tak sedar ke..SELAMAT BERAMAL,JAZKALLAH

HambaMu yang berdosa
Ya Allah!sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan rahmat yang turun dari sisiMU yang denganya engkau memberi HIDAYAH di dalah hatiku,dan denganya Engkau himpunkan bercerai-cerai daripada urusanku dan denganya engkau kumpulkan yang bercabang-cabang daripada pemikiranku dan denganya Engkau pulangkan segala yang menjinakan hatiku,dan denganya Engkau perbaiki akan agamaku,dan denganya Engkau peliharakan segala sesuatu yang ghaib daripada pandanganku,dan denganya Engkau terima syahadaku dan denganya Engkau bersihkan amalanku dan denganya Engkau putihkan akan mukaku dan denganya Engkau ilhamkan kepadaku akan pentunjukmu dan denganya Engkau tunaikan segala hajatku dan denganya Engkau peliharakan aku daripada kejahatan.Ya allah! Aku meminta kepadaMu akan iman yang murni yang memenuhi lembaran hatiku dan memintak kepadaMu akan yakin yang sebenar sehingga aku menyedari bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku terhadap diriku kecuali apa-apa yang telah Engkau putuskan ke atasku dan aku meminta supaya aku redha dengan segala pemberian yang Engkau bahagikan kepadaku.Ya Allah!Hanya kepadamu aku persembahkan segala hajatku walaupun lemah pemikiranku dan kurang amalanku.Aku sangat berharap kepada limpihan rahmatMu maka aku meminta kepadaMu wahai tuhan yang memutuskan segala perkara dan meyembuhkan segala penyakit yang ada.Ya Allah!seperti mana Engkau pisahkan di antara segala lautan maka engkau pisahkan aku daripada seksaan neraka Sair dan daripada seksaan kubur yang amat perit dan daripada laungakn penyesalan.
Saturday, August 21, 2010
Hidayah adalah buah dari ilmu
Ketahuilah wahai saudaraku yang sangat berminat dengan dan mempunyai perhatian mencari ilmu,yang telah menunjukkan cita-cita yang tinggi dan rasa sangat dahaga terhadap ilmu pengetahuan.seandainya engkau berniat dengan mencari ilmu dengan berlumba-lumba dan mendapatkan kemegahan di depan kawan-kawan dan untuk menarik perhatian orang ramai terhadap dirimu dan menghimpunkan kekayaan dunia,maka sebenarnya engkau telah berusaha menghancurkan agamamu dan membinasakan dirimu sendiri dan menjual akhiratmu untuk mendapatkan harta dunia.Dan jika niatmu di dalam mencari ilmu itu mencari keredhaan Allah dan mencari hidayah,bukan semata-mata untuk pandai bercakap maka hendaklah kamu bergembira,kerana para malaikat telah mengembangkan sayapnya apabila engkau berjalan dan ikan yang ada di laut semuanya meminta ampun bagimu apabila engkau berjalan.Tetapi sebelum itu hendaklah engkau ketahui HIDAYAH itu adalah buah dari ilmu.
MUQADDIMAH
Dengan nama Allah yang sangat pemurah lagi sangat mengasihi.Segala puji bagi Allah sebenar-benar pujian.Selawat dan salam tercurah kepada sebaik-baik makhluknya,penghulu kita nabi Muhammad S.A.W dan juga kepada keluarga dan para sahabtnya dan pengikut-pengikutnya.
Subscribe to:
Posts (Atom)