Sunday, August 22, 2010

HambaMu yang berdosa

Ya Allah!sesungguhnya aku memohon kepadaMu akan rahmat yang turun dari sisiMU yang denganya engkau memberi HIDAYAH di dalah hatiku,dan denganya Engkau himpunkan bercerai-cerai daripada urusanku dan denganya engkau kumpulkan yang bercabang-cabang daripada pemikiranku dan denganya Engkau pulangkan segala yang menjinakan hatiku,dan denganya  Engkau perbaiki akan agamaku,dan denganya Engkau peliharakan segala sesuatu yang ghaib daripada pandanganku,dan denganya Engkau terima syahadaku dan denganya Engkau bersihkan amalanku dan denganya Engkau putihkan akan mukaku dan denganya Engkau ilhamkan kepadaku akan pentunjukmu dan denganya Engkau tunaikan segala hajatku dan denganya Engkau peliharakan aku daripada kejahatan.Ya allah! Aku meminta kepadaMu akan iman yang murni yang memenuhi lembaran hatiku dan memintak kepadaMu akan yakin yang sebenar sehingga aku menyedari bahawa tidak ada sesuatu yang berlaku terhadap diriku kecuali apa-apa yang telah Engkau putuskan ke atasku dan aku meminta supaya aku redha dengan segala pemberian yang Engkau bahagikan kepadaku.Ya Allah!Hanya kepadamu aku persembahkan segala hajatku walaupun lemah pemikiranku dan kurang amalanku.Aku sangat berharap kepada limpihan rahmatMu maka aku meminta kepadaMu wahai tuhan yang memutuskan segala perkara dan meyembuhkan segala penyakit yang ada.Ya Allah!seperti mana Engkau pisahkan di antara segala lautan maka engkau pisahkan aku daripada seksaan neraka Sair dan daripada seksaan kubur yang amat perit dan daripada laungakn penyesalan.

1 comment: